Welcome To Blogger Bujang
Enjoy Yourself k :)

{gambar2 ku}

Sunday, 25 September 2011

~GunDah~

Assalamualaikum pembuka lembaran. 
Lembaran dibuka atas kegundahan
Gundah yang menimpa disebabkan perangai.
Perangai yang sangat menyedihkan.
      Dalam dua tiga hari ni aku asyik teringatkan sesorg.nk msj nk telefon.malu.pernah buat salah la katakan.
aku x tenang.asyik ingatkan dia.pernah bertakhta di hatiku walaupun sebentar.tp dy menjagaku cukup baik. melayaniku dgn penuh mesra. aku tinggalkan dia kerana tdk yakin akan diriku utk mnjaga seorang wanita yang sebaik itu. aku serba kekurangan. xpandai melayan kerenah dan kehendak wanita. walaupun kami berada pada jarak yang jauh pada waktu ini. perasaan rinduku padanya tidak menghalang untuk aku menyampaikannya dalam lembaran ini. aku mengaku aku telah melakukan kesilapan. aku mahukan penebusan.aku mahukan keampunan dan kemaafan.
salah kita dengan allah kita minta ampun dengan allah.salah kita dengan manusia.kita bukan mintak maaf dgn allah.kita kena mintak maaf dgn manusia. hidup xkn terlepas dari ketidak tenangan dan selalu berada dalam keadaan yang tidak tenang. khulasohnya. berdosa dgn manusia.hanya manusia yang menentukan hala tuju kita. aku tahu manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan.tp jika kesalahan itu yang kerap dilakukan adakah kita dikira sebagai manusia. lemah dalam menilai diri sendiri. seringkali melakukan kesalahan dan tidak memuhasabahkan diri.

“Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

 Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(HR Bukhari dan Muslim)

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

 dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)


kepada si dia yang berkenaan. mengertilah aku amat merindui dirimu. kau pernah bertakhta dalam hatiku. ampunilah segala salah dan silapku. berilah aku peluang utnuk menebus semuanya kesilapan ini. aku tidak mahu dipersalahkan dipadang mahsyar kelak atas segala kekhilafanku selama ini. ampuni dosaku selama ini. 
Lembaran ditutup kerana bersebab,
sebab ditutup kerana mengantuk,
Assalamualaikum pembuka Lembaran,
Assalamualaikum juga menjadi penutup Lembaran.




2 comments: