Welcome To Blogger Bujang
Enjoy Yourself k :)

{gambar2 ku}

Tuesday, 27 September 2011

HUKUM HUDUD

Assalamualaikum pembuka perbincangan

saya rase terdetik nk post tentang hukum hudud ni.
kita tgk gambar ni dulu. sy xnk mention kan sape2. tp ni sebagai contoh . knp umat islam kita sendiri harus mempertikaikan hukum tuhan. kalau xnk, diamkan diri. ap kita takut k?
kita ta buat salah ta buat dosa. so xpayah takut.


kita x berhak nk menentukan. kita ni manusia biasa. sedangkan hukum ni da termaktub dalam kitab suci al-quran. berani lawan.tanggung azab la dalam kubur nanti. akhirat belum lagi.
ap y saya nk katakan disini. x patut kita umat islam nk ajar balik hukum2 yang termaktub dalam al-quran

Ertinya Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ali- Imran : 31 ) 


Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
. ( An-Nisa : 59)

jelas ap yang telah ditulis dalam ayat Al-Quran diata. ap yang kita nk tentukan. REFER kepada kitab Al-Quran.
 saya hanya terkilan. mengapa isu ini harus dipermainkan segelintir pihak. lebih baik berdiam diri.
 ap yang benar itu datang dari ALLAH ap yang salah tu dtg dr kekhilafan sy sdri.
kalau ad salah dan silap mintak tuan dan puan yang membaca entri ini memperbetolkan ap yang tercilap. hakikatnya segala semua ini adalah dari ALLAH S.W.T... 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI TAALA WABARAKATUH

Sunday, 25 September 2011

~GunDah~

Assalamualaikum pembuka lembaran. 
Lembaran dibuka atas kegundahan
Gundah yang menimpa disebabkan perangai.
Perangai yang sangat menyedihkan.
      Dalam dua tiga hari ni aku asyik teringatkan sesorg.nk msj nk telefon.malu.pernah buat salah la katakan.
aku x tenang.asyik ingatkan dia.pernah bertakhta di hatiku walaupun sebentar.tp dy menjagaku cukup baik. melayaniku dgn penuh mesra. aku tinggalkan dia kerana tdk yakin akan diriku utk mnjaga seorang wanita yang sebaik itu. aku serba kekurangan. xpandai melayan kerenah dan kehendak wanita. walaupun kami berada pada jarak yang jauh pada waktu ini. perasaan rinduku padanya tidak menghalang untuk aku menyampaikannya dalam lembaran ini. aku mengaku aku telah melakukan kesilapan. aku mahukan penebusan.aku mahukan keampunan dan kemaafan.
salah kita dengan allah kita minta ampun dengan allah.salah kita dengan manusia.kita bukan mintak maaf dgn allah.kita kena mintak maaf dgn manusia. hidup xkn terlepas dari ketidak tenangan dan selalu berada dalam keadaan yang tidak tenang. khulasohnya. berdosa dgn manusia.hanya manusia yang menentukan hala tuju kita. aku tahu manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan.tp jika kesalahan itu yang kerap dilakukan adakah kita dikira sebagai manusia. lemah dalam menilai diri sendiri. seringkali melakukan kesalahan dan tidak memuhasabahkan diri.

“Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

 Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(HR Bukhari dan Muslim)

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

 dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)


kepada si dia yang berkenaan. mengertilah aku amat merindui dirimu. kau pernah bertakhta dalam hatiku. ampunilah segala salah dan silapku. berilah aku peluang utnuk menebus semuanya kesilapan ini. aku tidak mahu dipersalahkan dipadang mahsyar kelak atas segala kekhilafanku selama ini. ampuni dosaku selama ini. 

Thursday, 22 September 2011

~ibu dan ayah~ mereka adalah segalanya ~



Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 








ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku


terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan


walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian


ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan


terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan


tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

apa2 pon y kita sayang dalam dunia ni..  ALLAH yang utama, RASUL sebagai pemangkin, AGAMA sebagai petunjuk, AYAH & IBU adalah yang mewarnakan kehidupan kita x kira dalam kesusah ataupun senang. mereka adalah yang terbaik untuk seorang insan yang bergelar anak yang SOLEH & SOLEHAH... ikuti sebuah cerita yang benar-benar berlaku keatas seorang hamba ALLAH ini :




Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL


Tuesday, 20 September 2011

~cerita aku mase kecik2 dlu~

nk start cite ni mula ngn ASSALAMUALAIKUM la ea...
aku dlu nakal owh. disebabkan dlu aku pernah kna tinggal duk ngn ayah aku je.aku jd cam da hlg kasih syang
kejap atas sebab2 tertentu. aku time tu sedih sgt .
umur aku time tu darjah 2. suka buat masalah.tp dapat habuan.kna rotan.tali pinggang.senduk panas. seterika.haha.nakal sgt. aku suka duk rumah org.lepak tgk tv. mcm2 la.
kalau aku kluar tgahari g main guli k gasing k.bila ayah aku balik dy tgk aku xad.dy cari la aku.sambil bawak rotan or tali pinggang.haha.aku lari la, ap lagi.kadang2 menyorok atas pokok manggis.pokok mempelam.haha.bengom kan.. bila bapak aku g kerja.aku balik la umah.tp kna ngn mak aku pulak.haha.padan muka kau bad. da tu.bila bapak aku balik.aku menyorok la dalam bilik.haha.bila dy da sejuk.aku kluar r dr bilik .borak cm biase.haha...
da tu an.aku suke curi buah mempelam.haha.suke2.
mase ni aku duk kt kg.awah.pahang. rindu sgt suasana kt sni..aku ramai kwn.jiran2 semua caring.
mase ni aku sekolah agama kt temerloh ni. swasta.sekolah rendah agama al mukmin.
budak baik la katakan.hehe.tp nakal ya amat.haha
tp bila da masuk standard 4.kitorg satu family kna pindah kelantan.mula2 pindah sane
                                                             DEKAT KELANTAN~
rase janggal gila r.dgn xpham bhsa dorg sepatah haram.da tu.da lame.fasih la kan.aku sekolah kt SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI CHONDONG. kt sni aku sma mcm dlu, salu wat hal.haha.tambah2 time UPSR, pgi CC la,ap la,x siap kerja la.hadoi.tp kls pertama tu beb.haha. nk cakap kt sni ny.walaupun nakal2 aku time   
ni la aku berjaya mendapat 5A dlm upsr.haha.bangga.
                                                              ~ALAM MENENGAH~la sangat
haha.masuk form 1 ,aku masuk sebuah sekolah dibawah kelolaan YIK.Yayasan Islam Kelantan. haha. xleh lupa sekolah ni.bnyk y aku buat. masa form 1,form 2, baik sgt aku ni.skema, jd pengawas lg u.haha. masuk form3,ad kes tu.y telah buat aku berubah menjadi y positif kpd lgsg x positif.haha.aku jd dak nakal.salu kuar mlm g cc.panjat pagar la.lompat pagar la. y plg bez.suke pukul budak.haha. sampaikan cg disiplin x pcaye aku kalau ad kes budak kna pukul aku x terlibat same. senior la katakan.haha.teruk2. 
aku tgh cerita ni sebab boring.xboleh tido.gigi aku sakit giler kot.berdenyut-denyut.hadoi. sekarang waktu malaysia pukul 6:31 pg 21/9/2011.

Monday, 19 September 2011

gigi oh gigi!!~

haha!haha!haha!
padan muka kau bad .nilah y terjadi kt kau skrg ni bad. gigi bru nk tumbuh.bajet2 muda je
nk tambah gigi bru.td tahan punya tahan sakit ni.da mmg tak tertahan,sakit sgt.time aku patah kaki dlu pon x terasa cmni.woo..sampai xleh nk bercakap la sng. aku pergi klinik.doktor ckp kna cabut.lg la menggelabah aku.aku dgr org ckp cabut gigi y bru nk tumbuh ni.menyeksakan
hadoi.pening dh la aku. mahal tu kos dy. melepek la pulak.haha

Gigi Bongsu
Latar belakangWisdom Tooth
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
kalau siapa2 yang baca ni ad petua lain yg senang sikit nk dfollow..senang2kan lah hati komen ye..hoho

Sunday, 18 September 2011



01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

~final~ :)

final exam suda tiba.haha.walaupun ad beberapa keputusan carrymark y kurang memuaskan
aku akan cuba y terbaik for diz final. xnk repeat da.hehe. to all memberz.aku harap selama kite belajar bersama ni ad salah dan silap terkasar bahasa.terkurang ajr mane2.aku mnx maaf la kan..
manusia tdak ad y dilahirkan sempurna.pasti ad kekurangan mereka sdri...
wish da bez to all too k.
aku juz nk bgtawaku happy ngn korg. korgsumemebe aku y terbaik aku pernah ad. time sekolah dlu k.or evenkt kolej ni pon korg y terbaik. 
jgn jadikan kekurangan dlam dri kite sebagai penghalang utk berjaya..ad kala kite kna naik keatas utk mencapai sesuatu.ad kala kite kna turun bwh utk membantu org lain jugak.sikap toleransi mesti ad dlm dri kite.

Aku insan kekurangan , memerlukan lebih petunjuk dr semua agar menuju ke puncak bahagia dan berjaya.
insyaallah.solat jgn lupa.dri harus dikawal. jgn lupa dri.jgn tamak dgn harta y ad.bia murah ilmu didada.
salam.ukhuwwahfillah.

~kentut~

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. 

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. 

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut. 

Info 
Makanan penyebab kentut
 


  • Kacang 

  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. 

  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 

  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan 

  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin. 


  • Saturday, 17 September 2011

    ~jaringan cinta~

                                                          kisah cinta yang tiada toloknya bagi aku..
    hidup aku dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia, bosan melayani setiap 
    kerenah yang menyakitkan hati. kadangkala kaki tersilap langkah,pandangan diserongkan,
    tangan tercapai kekhilafan, hati yang mengikut hawa nafsu.
    manakan tidak, hidup yang dikelilingi oleh ragam manusia.
    tetapi cintaku pada ilahi,rasulnya,keluarga, tetap dihati.
    pernah manyintai seorang wanita sepenuh hatiku, lalu tiada jodoh antara kami diatas kekhilafanku sendiri
    melupakan asal usul sejenak, kerana dibayangi syurga yang tiada 
    penghujungnya yang akan membawa kepada kebaikan.
    seakan masa membawa kpd masa lampau, walaupun telah berpisah,walaupun telah 
    mengenali ramai sahabat handai. hatiku masih mengingati dirinya.tidak pernah 
    terlupa dihati aku ingin melupakan dia. satu2 nya wanita yang btol2 membuatkan aku tidak 
    kenal erti penat lelah utk berusaha memenangi hatinya kembali.
    saban hari aku berdoa agar aku dipertemukan kembali bersamanya.
    akhirnya segala persoalan terjawab.peluang keduadiberi tersemat didada.
    tidak akan melepaskan lagi cinta yang telah sekian lama menghilang mencari arah tuju
    kini kembali ke pangkuan nya.
    selama aku tidak bersamanya. hati tidak pernah merasa gembira. mesti ad sesuatu yang masih terlekat di sudut hati ini. memberontak,mengatakan hidup kaumsh tdk lagi sempurna.
    tetapi kehadiran semula si dia mampu membuatkan aku tersenyum hampir 
    tiap2 mase.mengenangkan kisah lame membuatkan aku gembira.
    memikirkan mungkin kisah lame akan kembali menyinari hidup kami. hidup ku gundah tanpanya. 
    tiada tempat berkongsi mslh y ingin dikongsikan.
    aku amat menyayangi wahai seorang wanita yang berjaya membuatkan aku tidak lupa kpd kau
    selama kite berpisah.aku amat menyayangi diri mu. aku HANTU tanpamu, aku SYAITAN tanpamu, aku MERANA tanpa dirimu disisi.
    2 tahun menyendiri kini aku kembali gembira. aku happy sgt2. berasa bersemangat
    .dia cintaku.dia sayangku.
    terima kasih YA ALLAH. mengembalikan sinar harapan untuk aku menebus kesilapan yang dahulu.
    in love with her.. Barakallahu fik

    Saturday, 3 September 2011

    ~hukum bersalam~



           Ekoran tuduhan yang berlaku daripada golongan-golongan yang menyesatkan suatu gerakan lain, dikeranakan gerakan lain tersebut tidak sependapat dengannya dalam masalah furu’ (cabang), saya ingin mengetangahkan satu pembahasan tentangnya dari sudut ilmiyah. Apakah benar dakwaan mereka, yang sememangnya hanya merupakan benih kepada permusuhan, tanpa adanya argumentasi syar’e dalam mengetengahkan hujah. Bahkan, mungkin ramai di antara kaum muslimin berpendapat bahawa haram bagi lawan jenis bersalaman hatta ada yg keliru apakah hukum bagi situasi ini. Di sini, saya berusaha utk menjelaskan beberapa pendapat ulama’ berkenaan bersalaman lawan jenis yg bukan mahram dan hukum tarjih serta pendapat yg lebih arjih dlm membahaskannya….
    Pembahasan hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram memerlukan kajian yang kritis dan mendalam sebelum menyimpulkan, kerana terdapat cukup banyak dalil-dalil syara yang digunakan untuk membahas permasalahan ini. Akibatnya para ulama yang membahas masalah ini berbeza pendapat tentang hukumnya. Ada yang mengharamkannya dan ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya mubah (boleh).

    Dalil-Dalil, Serta Argumentasi Yang Digunakan Oleh Masing-Masing Pendapat

    Dalil-dalil yang dikemukakan oleh pendapat yang mengharamkannya adalah sebagai berikut:
    Pertama, beberapa riwayat dari ‘Aisyah r.a. yaitu:
    Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Bukhari Muslim].
    Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai’at mereka dengan perkataan.” [HR. Bukhari Muslim].
    Menurut mereka Hadits-hadits di atas dan serupa dengannya merupakan dalil yang nyata bahwa Rasulullah Saw tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (asing). Kerana itu maka hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram adalah haram.
    Kedua, hadits-hadits yang menunjukkan larangan ‘menyentuh wanita’ serta hadits-hadits lain yang maknanya serupa. Misalnya hadits shahih yang berbunyi:
    “Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].
    Atau hadits yang berbunyi:
    “Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.”
    Ketiga, juga di dasarkan pada sabda Rasulullah Saw yakni:
    “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” [HR. Malik, Tirmidzi dan Nasa’i].
    Sedangkan pendapat yang membolehkan dasarnya adalah riwayat yang menunjukkan bahwa tangan Rasulullah Saw bersentuhan (memegang) tangan wanita.
    Pertama, diriwayatkan dari Ummu ‘Athiyah r.a. yang berkata:
    “Kami membai’at Rasulullah Saw, lalu Beliau membacakan kepadaku ‘Janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu’, dan melarang kami melakukan ‘nihayah’ (histeris menangis mayat), kerana itulah seorang wanita dari kami menggenggam (melepaskan) tangannya (dari berjabat tangan) lalu wanita itu berkata: ‘Seseorang (perempuan) telah membuatku bahagia dan aku ingin (terlebih dahulu) membalas jasanya’ dan ternyata Rasulullah Saw tidak berkata apa-apa. Lalu wanita itu pergi kemudian kembali lagi.” [HR. Bukhari].
    Hadits ini menunjukkan bahwasanya kaum wanita telah berbai’at dengan berjabat tangan. Kata ‘qa ba dha’ dalam hadits ini memiliki arti menggenggam/melepaskan tangan. Seperti disebutkan di dalam kamus yang berarti menggenggam sesuatu, atau melepaskan (tanganya dari memegang sesuatu). (Lihat A.W. Munawwir, Kamus Al-Munawwir, hal. 1167). Hadits ini jelas-jelas secara manthuq (tersurat) artinya ‘menarik kembali tangannya’ menunjukkan bahwa para wanita telah berbai’at dengan berjabat tangan, sebab tangan salah seorang wanita itu digenggamnya/dilepaskannya setelah ia mengulurkannya hendak berbai’at. Selain itu dari segi mafhum (tersirat) juga dipahami bahwa para wanita yang lain pada saat itu tidak menarik (menggenggam) tangannya, artinya tetap melakukan bai’at dengan tangan terhadap Rasulullah Saw. Jadi hadits ini menunjukkan secara jelas –baik dari segi manthuq (tersurat) maupun mafhum (tersirat)– bahwa Rasulullah Saw telah berjabat tangan dengan wanita pada saat bai’at (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Nidzham Ijtima’i Fil Islam, hal. 57 – 58, 71 – 72).
    Penjelasan ini juga sekaligus membantah yang mengatakan: “Yang dimaksud dengan genggaman tangan dalam hadits tersebut adalah ‘penerimaan yang terlambat’.” Seperti yang dikemukakan golongan yang mengharamkan jabat tangan. (Lihat Muhammad Ismail, Berjabat Tangan Dengan Perempuan, hal. 34). Sebab kata ‘genggam tangan’ dalam hadits tersebut tidak memiliki erti selain ‘berjabat tangan’. Dan tidak bisa difahami/diterima dari segi bahasa kalau diartikan ‘penerimaan yang terlambat’. Kata ‘qa ba dha’ juga sering ditemukan dalam hadits-hadits lain yang artinya menggenggam dengan tangan, misalnya, diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a. dari Ibnu Juraij yang menceritakan, Bahwa ‘Aisyah r.a. berkata: “Suatu ketika datanglah anak perempuan saudaraku seibu dari Ayah Abdullah bin Thufail dengan berhias. Ia mengunjungiku, tapi tiba-tiba Rasulullah Saw masuk seraya membuang mukanya. Maka aku katakan kepada beliau ‘Wahai Rasul, ia adalah anak perempuan saudaraku dan masih perawan(anak dara)’.” Beliau kemudian bersabda:
    “Apabila seorang wanita telah sampai usia baligh maka tidak boleh ia menampakkan anggota badanya kecuali wajahnya dan selain ini –digenggamnya pergelangan tangannya sendiri– dan dibiarkannya genggaman antara telapak tangan yang satu dengan genggaman terhadap telapak tangan yang lainnya.” [HR. Ath-Thabari dari ‘Aisyah r.a.].
    Hadits yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyah r.a. ini yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram. Namun demikian kebolehan tersebut dengan syarat tidak disertai syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram.
    Kedua, diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. yang berkata:
    “Seorang wanita mengisyaratkan sebuah buku dari belakang tabir dengan tangannya kepada Nabi Saw. Beliau lalu memegang tangan itu seraya berkata, ‘Aku tidak tahu ini tangan seorang laki-laki atau tangan seorang wanita.’ Dari belakang tabir wanita itu menjawab. ‘Ini tangan seorang wanita’. Nabi bersabda, ‘Kalau engkau seorang wanita, mestinya kau robah warna kukumu (dengan inai).” [HR. Abu Daud].

    Sikap Kita Dalam Menghadapi Perbezaan Tersebut

    Dalam menghadpi perbezaan tersebut dan pendapat mana yang harus kita ikuti untuk kita amalkan, maka kita harus mengkaji terlebih dahulu pendapat manakah yang lebih kuat dalam hal ini. Untuk itu kita perlu mengkaji manakah dalil yang lebih kuat dari nash-nash yang seolah-olah bertentangan yang digunakan oleh kedua pendapat di atas. Kalau kita perhatikan hadit-hadits yang digunakan oleh kedua pendapat adalah hadits-hadits shahih yang harus diterima kebenarannya. Dalam mensikapi hadits-hadits yang dzahirnya seolah-olah bertentangan, menurut ilmu hadits dan ushul fiqh harus ditempuh langkah-langkah sebagai berikut:
    1. Thariqatul jam’i, yakni menggabungkan dan mengkompromikan dalil-dalil yang ada. Apabila langkah ini tidak bisa dilakukan baru menempuh
    2. Nasikh dan Mansukh, apabila tidak bisa dilakukan, ditempuh
    3. Tarjih, yakni dengan cara meneliti dan membandingkan mana dalil yang lebih kuat. Dalam hal ini harus dilakukan secara cermat dan teliti serta harus memperhatikan kaidah-kaidah tarjih yang telah digariskan oleh para ulama. Kalau langkah ini sulit dilakukan kerana sama-sama kuat atau masih kabur baru menempuh langkah terakhir
    4. Tawaqquf, yaitu menghentikan kajian dalam menggali hukumnya. Namun terus berusaha sampai Allah SWT membukakan persoalan tersebut untuk diketahui. (Lihat Dr. Mahmud Thahan, Taisir Musthalah Hadits, hal. 58).